Something To Remember

Life itself is not perfect...so here I am to tell you my thought

Tuesday, October 23, 2007

Takut dan Kelam Kabut

Semua orang dalam ketakutan, dan mungkin mereka lebih takut dari diri kita sendiri.

Perjalanan pulang dari Putrajaya, Z berkata-kata seperti biasa dan selalunya pengertiannya membawa aku jauh berfikir. Tentang kita yang selalunya merumitkan keadaan apabila keadaan memang sudah tersedia rumit. Dan aku adalah salah satu daripada nya.

Kerana kerumitan membuat aku takut dan juga kelam-kabut, dan pertimbangan tidak lagi menjadi percaturan tentang apa yang perlu dibuat.

Tapi kata-kata Z membuat aku mengangguk setuju, bahawa kerumitan akan tetap menjadi kerumitan. Sehingga kita berfikir rasional dan bijak dan kerumitan tidak lagi akan menjadi kerumitan bila kita keluar dari kerumitan itu.

aaaaaa
Ayu
23hb Oktober 2007
Sri Pentas

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home