Something To Remember

Life itself is not perfect...so here I am to tell you my thought

Thursday, November 01, 2007

Tempat Ku Sendiri

Hari ini berada di Miri....

Esok di Johor Bahru...

Lusa mungkin di Pulau Pinang...

Suatu hari nanti aku hanya mahu berada di tempat ku sendiri.

aaaaaa
Ayu
1 November 2007
Miri

Monday, October 29, 2007

Hati pun....

Bila terlalu banyak rahsia
hati pun menjadi amat kecewa!!

warna diri
29/10/07

Friday, October 26, 2007

Bila Lupa Menjadi Diri Sendiri....

Pada waktu yang makin berlari kedepan, kesibukkan tidak berhenti mengejar dan aku sudah lama terlupa menjadi diri-sendiri.

aaaaaa
Ayu
26hb Oktober 2007
Sri Pentas

Tuesday, October 23, 2007

Takut dan Kelam Kabut

Semua orang dalam ketakutan, dan mungkin mereka lebih takut dari diri kita sendiri.

Perjalanan pulang dari Putrajaya, Z berkata-kata seperti biasa dan selalunya pengertiannya membawa aku jauh berfikir. Tentang kita yang selalunya merumitkan keadaan apabila keadaan memang sudah tersedia rumit. Dan aku adalah salah satu daripada nya.

Kerana kerumitan membuat aku takut dan juga kelam-kabut, dan pertimbangan tidak lagi menjadi percaturan tentang apa yang perlu dibuat.

Tapi kata-kata Z membuat aku mengangguk setuju, bahawa kerumitan akan tetap menjadi kerumitan. Sehingga kita berfikir rasional dan bijak dan kerumitan tidak lagi akan menjadi kerumitan bila kita keluar dari kerumitan itu.

aaaaaa
Ayu
23hb Oktober 2007
Sri Pentas

Monday, October 22, 2007

Kawan dan Lawan

Berada di satu tempat yang salah, pada waktu yang tidak tepat
dan orang hanya akan percaya pada sesuatu yang mereka mahu percaya

Berdiam diri itu lebih bijak, dari yang bijak-bijak belaka. Hanya mahu membetulkan apa yang salah, membuat kita lebih nampak bersalah kerana orang akan hanya mahu percaya apa yang mereka mahu percaya.

Aku makin mengenal diri untuk satu tuduhan, dan aku mula tahu bezakan kawan dan lawan.

aaaaa
Ayu
22 October 2007
Sri Pentas

Tuesday, October 09, 2007

Ada Had nya...

Mana Leena? Sudah lama aku tak nampak kelibat dia
Akhir sekali aku melihat gadis Miri tu dengan mata merah dan airmata

Aku ke meja officenya, barang-barangnya masih ada di atas meja
semak dgn En. File dan Pn. Stationary. Ini bukan semak mengampu banyak kerja, kerana dia sememangnya banyak kerja

Aku fikir bila gadis yang setabahnya menanggis, bukan bermakna dia sudah tidak lagi tabah, tapi ia semestinya sesuatu yang melampaui batas kesabaran.

Kita harus faham, setiap manusia ada had kesabaran.

aaaaaaa
Ayu
9th October 2007

Friday, October 05, 2007

Dan aku mahu terus beremosi...

Harijadi adalah tambahan angka..... genap dan ganjil bersilih ganti
Tahun ini adalah tahun genap...

SMS dari telefon bimbit datang bertubi-tubi, apa yang lebih manis dari ingatan? Ingatan tidak pernah kenal jarak berbatu-batu...

Terima kasih kalian....bahawa malam ini aku tahu aku tidak seorang

Moga kelahiran aku ini membawa makna bukan untuk aku seorang, tapi mereka yang berada di sekeliling ku. Aku tak bercita mahu sampai ke bulan tapi cukup punyai satu kehidupan yang bermakna.

Terima kasih Tuhan, memberi aku peluang untuk merasa gelak ketawa dan tanggisan air mata. Kerana emosi lah yang menjadikan kita manusia

Dan aku mahu terus beremosi.....

aaaaaa
Ayu
6th Oct 2007
Starbuck, Bandar Utama