Something To Remember

Life itself is not perfect...so here I am to tell you my thought

Thursday, August 23, 2007

Apa manisnya hidup?

Kami sudah lama tak berselisih di bahu koridor. Dalam rutin kerja yang sebenarnya lebih mengenal pen, paperclip, stapler dan mungkin keyboard computer aku tiba-tiba teringat pada KN. Cerita paling baru dari mulut orang lain dia dinaikan pangkat dan dari mulut aku sendiri belum lagi ada perkataan tahniah. Kenapa? Lalu otak aku merungkaikan beberapa kemungkinan

1. Terlalu banyak kerja
2. Aku punyai satu perangai yang tak ambil kisah akan apa terjadi sekeliling
3. Malas
4. Tak penting

Atau rumusan lebih kepada begini:

"Aku bukan seorang yang mengambil berat kerana sifat tidak ambil tahu atau tidak menjaga tepi kain orang. Aku suka bekerja, riak muka yang serius bila aku berhadapan dengan Jack (nama pc di office). Mungkin kalau jack boleh bersuara, mungkin Jack menjerit-menjerit meminta menukar tuan yang lain. Yang lebih menguntum senyuman manis yang bukan selalu dibuat-buat. Sebab terlalu tekun bekerja, aku hilang prarasa dan manisnya mengambil masa untuk bertanya khabar, aku hilang manisnya rasa bila membeli goreng pisang panas dan di agihkan pada kawan-kawan. Aku hilang rasa manisnya bila bercerita tentang hal-hal yang bukan berkenaan dateline tugasan. Terkilan....."

Jadi apa manisnya hidup? Hubungan sesama manusia dan sikap mengambil berat sesama kita. Untuk cuba mengetahui keperibadian disebalik ikatan kerja yang tak akan terlerai selagi kudrat masih ada. Aku lupa kemanisan itu...

Untuk menyelinap masuk ke office baru KN tak memakan masa memandangkan office hanya disebelah saja. Tapi hari ini dia bercuti pulak. Esok masih ada, insyaallah!~

Ayu
Sri Pentas
23 Ogos 2007

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home